CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Disinilah hati berbicara tanpa kata.......

Monday 3 October 2011

isu minggu ini

perkahwinan mewah....perkahwinan ditaja.....pada saya dunia semata-mata....menjadi punca keruntuhan institusi keluarga ....1. dlam islam niat itu penting...apakah niat kita sebenarnya?...mendirikan masjid atas keredhaan allah dan mencari Redhanya atau sudah ada riak2 menunjuk atau ria'....nauzubillah ..kita sudah jauh dari amalan dan cara hidup islam...cara hidup barat dan pengaruh agama lain sudah menular dalam hidup kita kini...dalam diam kita mudah dipengaruhi dek kerana pengaruh media kini yang tiada batasan....pihak media berlumba2 menyiarkan kegahan perkahwinan itu....dan seolah-olah menjadi budaya masyarakat islam dan melayu 2.berkahwin adalah sunnah rasullulah...manusia dilahirkan berpasangan....konsep perkahwinan adalah sangat mulia...ia adalah salah satu ibadat demi kelansungan hidup manusia di muka bumi ini...menambahkan zuriat dan memakmurkan sesebuah kaum dan ummah...bilamana perkahwinan diwarwarkan serba mewah dan mahal akan tiada lagi nilai-nilai itu...untuk mendirikan sesbuah perkahwinan memerlukan belanja yang banyak yang sudah pasti menyeret setiap pasangan kearah kesusahan dan kesukaran mendapatkan wang yang banyak demi uuntuk mendirikan sebuah perkahwinan . Ini akan meyeret setiap pasangan untuk berhutang dan mendapatkan wang dengan cara tidak halal...3. kewujudan andartu dan bujang terlajak sudah pasti bila mana sukar mendapatkan pasangan atau sukar menemui jodoh kerana demi sebuah perkahwinan yang gah memerlikan perbelanjaan yang banyak....setidak-tidaknya sekarang ini hantaran utk pihak perempuan sebanyak RM5,000 ke atas......maka berlambak-lambaklah anak gadis yang melangkaui usia begitu juga sang teruna..4. dek kerana itu maka maksiat akan berleluasa dewasa kini....bila nafsu tidak disalurkan ke tempat yang betul maka bertebaranlah dosa2 di  kelab malam , rumah urut dsbnya....anak yang sudah dewasa perlu disegerakan nikahnya....agar tenang hati ayah dan ibunya...perempuan yang solehah itu maharnya tidak menyusahkan...4. gejala sosial semakin parah....buang anak , mengandung sebelum kahwin, lari dengan teman lelaki adalah di antara angkara pabila nafsu sudah menguasai diri....wallahualam

0 comments:

Post a Comment