CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Disinilah hati berbicara tanpa kata.......

Sunday 11 December 2011

2tahun 5bulan

secara rasminya pada tanggal 5 hb disember 2011 pada usia anakku 2thn 5bln secara eklusifnya berakhir sudah penyusuan ibu....alhamdulilah si kecil ini mendapat sepenuhnya susuan ibu...cubaan ku yang ini berjaya ke akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan..begitu besar cubaannya dan bukan mudah sebenarnya. ia menuntut kesabaran yang tidak ternilai dan kesabaran itu ada pada setiap ibu hanya masa dan keadaan yang menentukannya..

Di awal waktunya ahmad azaim tidak menyukai susu botol dan menyukarkan keadaanya yang masih kecil dan terpaksa ditinggalkan untuk memenuhi tuntutan kerjaya lantaran itu pelbagai cara dibuat lama-kelamaan dia mengerti dan faham diri mamanya dan beransur-ansur mencuba untuk menyukai susu SNOW.....tetapi kecerdikannya mengatasi segala-galanya bila my mum aka babysitter memberitahu dia hanya minum sebotol sahaja dan sabar menunggu kepulanganku....waduh camne nak besar ni baby?...begitulah zaim yang tidak berat sangat tubuhnya kerana mengharapkan
susuanku...

Pengepaman dilakukan jua dek kerna kini alat teknologi banyak di pasaran...tetapi malangnya tidak berkesan dan menyakitkan...malahan menyebabkan air susu berkurangan.Lantaran itu rutin sehariannya adalah dengan setia mewnunggu kepulangan mama dengan rengekan....."mama...nak apek..." dengan pelatnya hihi.....

Di sini saya kongsi tips penyusuan berkesan:

1. niat kerana allah taala
2. minum susu setiap pagi dan malam utk ibu
3. makan kurma sebagai snek
4. makan banyak sayur-sayuran dan makanan seimbang


walauapapun sebenarnya niat ibu itu yang penting dalam merealisasikan penyusuan ibu secara eksklusif....niat yang baik akan dipermudahkanNya....amin










3.

0 comments:

Post a Comment